Sejarah
Sukan Perahu Layar
Sejarah sukan kapal layar telah
bermula pada abad ke 17 di Holland (Belanda). Semenjak itu, sukan ini telah
diperkenalkan ke England pada 1660 oleh Charles II dan seterusnya berkembang ke
seluruh Negara jajahan Amerika. Kelab kapal layar yang pertama ditubuhkan di
dunia adalah New York Yacht Club (1720). Kelab ini juga telah menganjurkan satu
pertandingan kapal layar antarbangsa yang bermula 1844 dan masih kekal hingga
ke hari ini iaitu Piala Amerika. Kemudian pada tahun 1900, sukan kapal layar
telah mula dipertandingkan di Sukan Olimpik dan seterusnya memartabatkan lagi
sukan ini di peringkat antarabangsa.
Sukan
Perahu Layar Dimainkan
Sukan Perahu layar merupakan salah
satu sukan yang dimainkan dengan bergantung kepada bantuan angin untuk
menggerakkan perahu tersebut. Biasanya sukan ini popular dimainkan di negeri
yang mempunyai laut dengan tiupan angin yang kuat. Pergerakan perahu layar ini
dibantu oleh pemain-pemain yang mempunyai fungsi yang berbeza yang berada di
atas perahu untuk menentukan arah tuju perahu bergerak dengan mengubah
kedudukan layar yang terdapat pada kapal.
Skipper - ketua kapal(pengemudi) adalah
ketua pasukan atau kapten bagi sebuah perahu layar di mana tugasnya bukan
sahaja mengemudi bot tetapi melibatkan keputusan mengenai taktik dan strategi
yang akan digunakan dalam perlumbaan.
Mainsheet
trimmer - berperanan
mengawal layar paling besar di mana kelajuan kapal tertumpu disitu dan
berganding rapat dengan skipper untuk mengawal kelajuan bot.
Trimmer - bertugas untuk mengawal kepala
atau depan kapal. Pada pusingan melawan arah angin, trimmer berkerjasama dengan
Pitman yang mengawal layar besar yang terletak berlawanan dengan layar utama.
Bowman - bertanggungjawab untuk mengubah
layar di hadapan bot. Bowman adalah ''eye at the front'', Bowman mestilah seorang yang kuat dan
mempunyai kebolehan bergerak dengan tangkas dan cepat di depan bot.
Pitman - membantu trimmer untuk mengawal kapal layar dan layar besar. Pitman mengawal kebanyakan tali yang
akan menentukan arah layar.
Sukan Perahu layar di Sabah
Persatuan/kelab
Selain daripada itu, terdapat persatuan atau kelab yang membantu dalam mempromosikan sukan ini di Sabah. Antaranya ialah Persatuan Pelayar Sabah (Saila), Persatuan Pelayar Jepun Sabah (SBH) dan Kelab Perahu Layar Kinabalu (KYC) yang bergerak aktif dalam pembangunan sukan peruhu layar.
Sukan perahu layar di Sabah biasanya diadakan di Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia(TLDM), Kota Kinabalu dan di sekitar laut Tanjng Aru kerana kedua-dua kawasan ini sesuai kerana memiliki keluasan dan tiupan angin yang kuat.
Harga
- sewa perahu jam/per unit: RM 18.00
- keselamatan: RM 2.00
Peserta mempamerkan aksi masing-masing dalam Kejohanan perahu layar yang diadakan setiap tahun |
Gambar dari kawasan pantai tanjung Aru |
Sebilangan pelancong menikmati keseronokan dalam mengawal perahu layar |