Banana Boat atau Bot Pisang juga
dikenali sebagai Bot Gelongsor Air yang biasanya ditunggangi oleh beberapa
orang. Permainan ini sangat terkenal di serata dunia termasuklah di Sabah. Permainan
ini juga bukan sahaja popular dalam kalangan orang dewasa malah popular dalam
kalangan kanak-kanak. Bot rekreasi kembung yang ditarik menggunakan bot. Banana
Boat dicipta oleh Glenn Mathews di akhir 1980-an. Model yang berbeza biasanya
menampung penunggang seramai tiga hingga sepuluh orang sekaligus yang duduk di
atas tiub yang lebih besar. Tiub ini biasanya berwarna kuning dan berbentuk
seperti pisang. Sesetengah model juga mempunyai dua tiub utama. Sepanjang
perjalanan, bot yang berkuasa tinggi akan menarik bot pisang tersebut dan akan
cuba untuk menterbalikkan bot pisang dengan membuat selekoh tajam. Pelumba juga
perlu memakai jaket keselamatan.
Banana Boat di Sabah
Teknik Permainan
Teknik Permainan
- Banana boat diikat terlebih dahulu pada bot yang mempunyai enjin yang berkuasa tinggi.
- Bot pisang akan ditarik.
- Penunggang akan cuba diterbalikkan dengan bot penarik akan membuat selekoh tajam.
- Penunggang banana boat perlulah sentiasa memakai jaket keselamatan.
Harga sewa
- RM 40.00 per pax per ride
- Minimum 3 pax per ride
- Maksimum 6 pax per ride
- Pulau Mamutik
- Pulau Manukan
- Nexus Resort and Spa Karambunai
No comments:
Post a Comment