Sejarah Perahu Naga
Asal usul perahu naga (sebutan dalam
bahasa Cina, longzhou) telah bermula sejak 2000 tahun dahulu di Negara China.
Pada asalnya, perlumbaan perahu naga dibuat adalah untuk menyambut upacara
kesuburan bagi memastikan hasil tanaman bertambah banyak. Perlumbaan perahu
naga ini telah menjadi tradisi dan biasanya dilakukan pada hari kelima bulan
kelima lunar calendar Cina untuk menggalakkan hujan turun untuk kemakmuran.
Naga telah menjadi symbol untuk mereka melakukan ibadat kerana kepercayaan
mereka bahawa naga dapat mempengaruhi hujan untuk turun. Perlumbaan perahu naga
telah dikomersialkan sebagai sukan antarabangsa bermula di Hong Kong pada tahun
1976. Sejak itu, tercetusnya fenomena perlumbaan perahu naga di seluruh dunia. Perahu
Naga merupakan sebuah perahu panjang yang digunakan untuk bertanding semasa
berlangsungnya satu temasya sukan laut.
Sukan
Perahu Naga Dimainkan
Sukan Perahu Naga biasanya dimainkan
dengan perahu tersebut dikayuh secara berpasukan dengan setiap pendayung mendayung
secara berselang ke kiri dan kanan perahu untuk membolehkan perahu bergerak
dengan pantas dan seimbang. Bagi satu-satu perlumbaan perahu naga yang
berlangsung, dua atau lebih perahu naga akan berlumba untuk mengetahui siapa
pemenang dan berapa pantas masa yang dicatatkan. Setiap pasukan dianggotai
seramai 20 pelumba termasuk seorang pemukul gendang dan ketua pasukan yang
menjadi tukang sorak ketika perlumbaan berlangsung.
Sukan
Perahu Naga Di Sabah
Sukan perahu naga merupakan salah
satu acara sukan tahunan yang dilangsungkan di Sabah. Sukan ini biasanya
diadakan di perairan Teluk Likas, Kota Kinabalu dan mendapat sambutan yang
menggalakkan sepanjang tempoh penganjuran selama 25 kali daripada peserta dalam
dan luar Negara.
Teluk Likas semasa pertandingan diadakan |
Tanjung Lipat antara kawasan yang digemari oleh peminat perahu naga beradu kekuatan |
stakat ni la blog yg pling hebat dan mapan yg sy jumpa...well done sharul zali n man kalut.....
ReplyDeletetq nawi..nti aku update pasal sukan air lagi..ko rajin2 la tgk blog ktorg k...
Deletetidak silap sy ums pn pnah anjurkan sukan air kan...tapi hanya trtumpu kpda plajar ums sahaja....jadi sy harapkan pada kejohanan yang akan datang cuba lar buat sukan air terbuka ums......sebabnya sukan air di sabah ini mmg bnyak mdpt sambutan...heheh....cadangan je..tapi apa2 pn blog nie mmg best dan dapat memberi pelbagai maklumat tentang sukan air d malaysia khususnya di sabah....
ReplyDeleteleongz90: terima kasih saudara leongz90..kami akan cuba mencari maklumat yang tepat bagi karnival sukan air di UMS..tapi buat setakat nie, kami hanya tertumpu kepada sukan air yang ada di sabah sahaja,..apa pon, cadangan saudara sangat membantu kami dalam memantapkan lagi entry blog kami...
ReplyDeleteMaaf boleh saya tau,institusi-institusi pengajian tinggi yg manakah ada menawarkan sukan perahu naga di negeri sabah?
ReplyDelete