Tuesday 17 April 2012

PENGENALAN SUKAN AIR


         Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia diliputi air. Pada zaman dahulu, penempatan manusia terletak di pinggir laut atau sungai. Hal ini disebabkan manusia memerlukan air untuk kegunaan harian dan bercucuk tanam. Kemudian, sungai dan laut dijadikan jalan perhubungan yang dikenali sebagai jalan air.
         Di negara kita, keadaan yang sama berlaku. Bandar-bandar yang awal kebanyakannya terbina di pinggir laut atau di muara-muara sungai. Semua masyarakat di dunia menggunakan jalan air. Sejak dari zaman dahulu kala lagi jalan air telah menjadi jalan utama. Pengangkutan air merupakan pengangkutan kedua terpenting selepas pengangkutan darat. Nenek moyang kita telah menggunakan jalan air ini untuk berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan alat pengangkutan purba. Jalan air yang paling popular digunakan pada zaman dahulu ialah sungai. Sungai-sungai ini berperanan menghubungkan kawasan hulu dan hilir.
         Orang Melayu pada zaman dahulu menggunakan rakit, perahu dan sampan. Mereka akan berdagang ke kawasan-kawasan lain menggunakan sampan dan rakit. Mereka menghilir ke muara-muara sungai yang besar. Orang Melayu zaman dahulu akan menjual barangan mereka kepada pedagang-pedagang di muara-muara sungai tersebut. Di antara alat pengangkutan air yang dicipta oleh orang zaman dahulu ialah rakit. Rakit masih digunakan sehingga ke hari ini di daerah-daerah pedalaman. Seterusnya pengangkutan yang lebih sempurna daripada rakit ialah perahu. Perahu dibuat daripada kayu cengal. Kayu cengal diperolehi di kawasan hutan hujan tropika. Di negara ini terdapat perahu-perahu seperti Perahu Payang, Perahu Kolek, Kolek Gelibat, Kolek Kueh, Perahu Bedor, Perahu Dogol dan Perahu Jalaror. Sejak dahulu lagi manusia mengetahui air sebagai sumber pengangkutan yang paling mudah. Namum begitu, terdapat empat peringkat yang terpaksa dilalui sebelum penggunaan enjin diperluaskan. Antaranya:

1)    Mengikut aliran sungai.
2)    Menggunakan tenaga.
3)    Tiupan angin.
4)    Enjin.


KEPENTINGAN SUKAN AIR

Sukan Air
Dalam tempoh RMKe-9, pembangunan sukan diberikan perhatian. Pembangunan sukan akan menekankan kepada penambahbaikan institusi dan organisasi untuk meningkatkan profesionalisme dan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan. Selain sukan di darat dan sukan bermotor, sukan air harus dititikberatkan.

A.    Memperkukuh jentera sukan negara dan keupayaan institusi persatuan sukan air untuk menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan air.

Ø  Sektor swasta digalakkan untuk melengkapi usaha Kerajaan dalam menyedia kemudahan sukan dan rekreasi di kawasan yang akan dibangunkan untuk tujuan kediaman, komersil dan perindustrian. Satu rancangan jangka panjang mengenai penyediaan dan pengurusan kemudahan sukan dan rekreasi oleh sektor awam dan swasta akan digubal. Di samping itu, perkongsian dengan sektor swasta akan dipergiat bagi membantu usaha mengenal pasti bakat muda serta menyedia peluang yang lebih kepada generasi muda menyertai aktiviti sukan air.

B.    Membangunkan budaya kesukanan di kalangan rakyat Malaysia melalui pelaksanaan pelbagai program sukan air.

Ø  Pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan air akan dianjur untuk terus meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan. Sebagai sebahagian usaha untuk menggalakkan penyertaan yang lebih ramai dalam aktiviti sukan, beberapa kemudahan sukan sedia ada di peringkat negeri dan daerah akan dinaik taraf.

C.    Senjata baru pelancongan

Ø  Kebelakangan ini, kebanyakan belia kegilaan sukan air yang lasak seperti meluncur air. Penglibatan mereka dalam pertandingan sukan air antarabangsa dapat menarik perhatian orang dunia. Nama negara kita akan diharumkan sekiranya wakil sukan air negara kita memperoleh johan. Secara tidak langsung, nama dan tempat menarik negara kita akan menjadi terkenal dan sektor pelancongan dibangunkan.

D.   Menggalak gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi.

Ø  Program baru yang berasaskan kekuatan dan ketahanan yang boleh menarik penyertaan lebih ramai di kalangan belia akan diperkenal. Bagi mempromosi manfaat mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan orang ramai, lebih banyak program kesedaran seperti kempen, program pendidikan kecergasan dan kalistenik di tempat kerja dan taman awam akan diteruskan.Program gaya hidup aktif akan diteruskan bagi membolehkan belia terutamanya di peringkat akar umbi menyertai acara sukan. Di bawah program ini, semua aktiviti sukan termasuk sukan bermotor, sukan air dan sukan udara akan digalakkan dengan sokongan sektor korporat melalui penajaan mereka. Program dan aktiviti ini akan menyumbang kepada pertumbuhan industri sukan.

JENIS-JENIS SUKAN AIR YANG TERDAPAT DI SABAH

Perahu naga
Tanjung Lipat dan Teluk Likas
Perahu layar
Tanjung Aru
Kayak
Kiulu, Padas, Sungai Papar dan Tamparuli
Kenu
Kiulu, Padas, Sungai Papar dan Tamparuli
Parasailing
Pantai Dalit dan Tuaran
Banana boat
Tanjung Aru
Meluncur air
Kudat, Tanjung Aru dan Tuaran

32 comments:

  1. Boleh tak tlg tukarkan warna backgrounds dgn warna tulisan sbb sukar utk dibaca ..tq

    ReplyDelete
  2. Boleh tak tlg tukarkan warna backgrounds dgn warna tulisan sbb sukar utk dibaca ..tq

    ReplyDelete
  3. Boleh nyatakan beberapa langkah untuk mengalakkan masyarakat menyertai sukan air?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja nk senang.. Usaha la skit.. Malas btul

      Delete
    2. Bodo yg tu x reti nak pikiaq ka

      Delete
  4. Replies
    1. Nk ternang buat sendiri.. Ingat senang ke.. Banyak alasan pulak

      Delete
    2. susah noh..makanan pon beli sendiri naaa

      Delete
  5. Tekan je tanda buku utk menghilangkan background

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat pandai ape kau ni... Aku penat2 buat punya panjang.. Korang komen2 pasal background

      Delete
    2. Awak ni berlagak sangat ni..motif buat karangan ni utk bgi orang baca..org yg baca ni, nk komen la kekurangan yg ada..klu awak xtak terima teguran, baik x yah buat ya...awak nak lawan bahasa dengan saya..meh jumpa saya..kita debat

      Delete
  6. Replies
    1. Usaha la sendiri.. Kerja nak benda senang ja.. Bila nak berjaya.. Aduh

      Delete
  7. Boleh betulkan baclground yg gelap ni? Saya tak dapat baca dgn jelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kau komen2 ni.. Kau ingat senang ke aku nk tulis tengtang blog ni... Nk elok2 buat sendiri la.. Aduh

      Delete
    2. Klu aq jumpa kau..tahu la aq kerjakan..berlagak nak mati..kot ii bukan kau yang buat blog ni...ruang komen ni utk bertanya..yg awak nk marah ii org yg bertanya, knape?nasib baik x de alamat detail umah kau

      Delete
  8. Boleh tak tolong perbaiki background.. Saya ni buta tak boleh nak baca dengan jelas

    ReplyDelete
  9. sis kalau buta tak nampak terus sis. tergelak saya 😎😎

    ReplyDelete
  10. Kau jangan biadab sgt boleh tak. Melayu kan. Adab mana. Kat taak kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. Mata sakit lah boleh tukar warna tulisan

    ReplyDelete
  12. Tajuk ini ialah tajuk spm ulangan 2019

    ReplyDelete
  13. Ejah tuka background nyaknyo ko oghe nok tengok

    ReplyDelete
  14. Sangat membantu. Terima kasih, saya minta kebenaran untuk tulis ya

    ReplyDelete
  15. Sangat berguna. Terima kasih,saya minta izin untuk salin ya

    ReplyDelete