Wednesday 18 April 2012

PERAHU NAGA


Sejarah Perahu Naga

Asal usul perahu naga (sebutan dalam bahasa Cina, longzhou) telah bermula sejak 2000 tahun dahulu di Negara China. Pada asalnya, perlumbaan perahu naga dibuat adalah untuk menyambut upacara kesuburan bagi memastikan hasil tanaman bertambah banyak. Perlumbaan perahu naga ini telah menjadi tradisi dan biasanya dilakukan pada hari kelima bulan kelima lunar calendar Cina untuk menggalakkan hujan turun untuk kemakmuran. Naga telah menjadi symbol untuk mereka melakukan ibadat kerana kepercayaan mereka bahawa naga dapat mempengaruhi hujan untuk turun. Perlumbaan perahu naga telah dikomersialkan sebagai sukan antarabangsa bermula di Hong Kong pada tahun 1976. Sejak itu, tercetusnya fenomena perlumbaan perahu naga di seluruh dunia. Perahu Naga merupakan sebuah perahu panjang yang digunakan untuk bertanding semasa berlangsungnya satu temasya sukan laut.

Sukan Perahu Naga Dimainkan
Sukan Perahu Naga biasanya dimainkan dengan perahu tersebut dikayuh secara berpasukan dengan setiap pendayung mendayung secara berselang ke kiri dan kanan perahu untuk membolehkan perahu bergerak dengan pantas dan seimbang. Bagi satu-satu perlumbaan perahu naga yang berlangsung, dua atau lebih perahu naga akan berlumba untuk mengetahui siapa pemenang dan berapa pantas masa yang dicatatkan. Setiap pasukan dianggotai seramai 20 pelumba termasuk seorang pemukul gendang dan ketua pasukan yang menjadi tukang sorak ketika perlumbaan berlangsung.

Sukan Perahu Naga Di Sabah

Sukan perahu naga merupakan salah satu acara sukan tahunan yang dilangsungkan di Sabah. Sukan ini biasanya diadakan di perairan Teluk Likas, Kota Kinabalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan sepanjang tempoh penganjuran selama 25 kali daripada peserta dalam dan luar Negara. 



Teluk Likas semasa pertandingan diadakan

Tanjung Lipat antara kawasan yang digemari oleh peminat perahu naga beradu kekuatan 

5 comments:

  1. stakat ni la blog yg pling hebat dan mapan yg sy jumpa...well done sharul zali n man kalut.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq nawi..nti aku update pasal sukan air lagi..ko rajin2 la tgk blog ktorg k...

      Delete
  2. tidak silap sy ums pn pnah anjurkan sukan air kan...tapi hanya trtumpu kpda plajar ums sahaja....jadi sy harapkan pada kejohanan yang akan datang cuba lar buat sukan air terbuka ums......sebabnya sukan air di sabah ini mmg bnyak mdpt sambutan...heheh....cadangan je..tapi apa2 pn blog nie mmg best dan dapat memberi pelbagai maklumat tentang sukan air d malaysia khususnya di sabah....

    ReplyDelete
  3. leongz90: terima kasih saudara leongz90..kami akan cuba mencari maklumat yang tepat bagi karnival sukan air di UMS..tapi buat setakat nie, kami hanya tertumpu kepada sukan air yang ada di sabah sahaja,..apa pon, cadangan saudara sangat membantu kami dalam memantapkan lagi entry blog kami...

    ReplyDelete
  4. Maaf boleh saya tau,institusi-institusi pengajian tinggi yg manakah ada menawarkan sukan perahu naga di negeri sabah?

    ReplyDelete