Tuesday 17 April 2012

PARASAILING

Parasailing yang pertama dibangunkan oleh Pierre-Marcel Lemoigne pada tahun 1961. Parasailing adalah sukan pengembaraan yang menggabungkan semangat yang kuat, payung terjun, tali dan bot yang dipandu laju. Parasailing atau dikenali juga sebagai parakiting adalah satu aktiviti rekreasi di mana  seseorang itu akan ditarik oleh sebuah kenderaan biasanya bot. Terdapat satu sayap kanopi yang direka khas seperti payung terjun iaitu sayap parasail. Kekuatan  dan arah angina sangat dititikberatkan dalam aktiviti parasailing ini. Parasailing ini boleh dilakukan sama ada di atas tanah atau di atas air. Parasailing merupakan aktiviti rekreasi yang sangat popular pada musim panas.
Disebabkan kemajuan dalam sukan parasailing, kini terdapat parasail yang boleh membawa dua atau tiga orang sekaligus yang menggunakan reka bentuk “Tandem Bar”. Parasail yang lebih besar digunakan pada masa kini iaitu 24 hingga 42 kaki tinggi. Penerbangan boleh melangkaui sehingga 300 hingga 2000 kaki.

Parasailing di Sabah
Teknik permainan 
  • Tali atau abah-abah diikat pada bot sebelum memulakan penerbangan.
  • Semasa penerbangan dilakukan, angina yang sederhana kuat akan  mengembangkan sayap parasail.
  •  Bot akan dipandu laju bagi menerbangkan parasailing di atas udara.
  •  Pendaratan akan dilakukan oleh juruterbang dengan menarik brek yang diikat pada parasailing dan bersambung di kanan dan kiri sayap parasail.
Harga
  •  RM 100.00 per single flight ( 5 min )
  • RM 180.00 per double flight (10 min) 
Tempat 
  •  Pulau Mamutik
  •  Pulau Manukan
  • Nexus Resort and Spa Karambunai


Gambar ketika menaiki parasailing
                                     
Senyum...pengunjung ketika berada di udara
Gambar  pengunjung dari atas bot


1 comment: